Saturday, 2 February 2013

Melancong Dan Petik Buah Di Australia

CALL NO +6012 303 4247

saya akan bercerita tentang jenis-jenis visa yg common di kalangan rakyat malaysia di sini. Saya harap para pembaca boleh fahami secara jelas tentang jenis visa jika anda berminat untuk datang dan bekerja di ladang Australia.

1.     Visitor visa (visa melancong)


Visa ini sah untuk setahun dari tarikh di cetak tetapi kita hanya dibenarkan untuk tinggal di australia selama 3 bulan sahaja untuk sekali masuk. Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk memperbaharui visa anda jika anda berhajat untuk datang lagi ke australia selagi tempoh visa anda sah.
Anda boleh dapatkan visa ini di mana-mana travel agency dengan harga di antara RM50 ke RM100.
Visa yang paling common di kalangan pekerja ladang di sini tetapi jangan salah faham kerana di bawah visa ini kita tidak dibenarkan untuk bekerja sama sekali.
Selepas tempoh 3 bulan , status anda adalah illegal dan jika anda di tahan oleh pihak immigration anda akan di hantar pulang dan tidak dibenarkan untuk masuk ke australia selama 3 tahun. 
Saya juga menggunakan visa ini dan sekarang saya sudah overstay dan dikira haram untuk tinggal di sini begitu juga dengan kebanyakan rakyat malaysia di sini.
Anda tidak perlu risau tentang serbuan oleh pihak immi asalkan anda ikut nasihat orang lama di sini dan jangan sesekali melanggar peraturan. Jaga adab anda jika anda tinggal di bandar-bandar seperti jangan buat bising hingga menganggu jiran-jiran anda.
Bagi mereka yang datang dan bekerja bersama saya ,anda tidak perlu risau kerana kita tinggal di farm-farm yang mana pihak ladang tidak akan suka hati membenarkan immi masuk ke ladang tanpa sebarang waran. Sebab jika kita tiada , kerja-kerja di ladang yang berlambak siapa nak buat.
Ada juga yang bertanya 'adakah kita akan di penjara jika di tahan? Ada masalah ke kalau kita nak pulang ke malaysia?'.. Bagi mereka yang ditahan dalam serbuan anda akan ditahan di pusat tahanan dan bukan penjara. Segala makanan dan tempat tinggal di sediakan sementara menunggu sebarang dokumen untuk anda pulang siap. Ada yang ambil masa selama 2 hari ke 3 minggu. Tetapi jika anda berhajat untuk pulang ke malaysia anda hanya perlu beli tiket flight dan jangan risau apa-apa. Anda tidak dibenarkan lagi untuk masuk australia selama 3 tahun. Mereka lagi suka anda pulang.


2.        Working Holiday Visa


Tempoh dibenarkan untuk bekerja dan tinggal adalah selama setahun.
Khas bagi orang muda yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun untuk bekerja dan tinggal di australia.
Namun bukan senang untuk kita dapat visa ini kerana setiap negara ada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan australia iaitu bagi rakyat malaysia hanya sebanyak 100 orang setahun. Tetapi setiap tahun beribu permohonan di terima jadi untuk dapatkan visa ini mereka akan disaring terlebih dahulu
Anda mesti memiliki ijazah jika anda berminat untuk memohon dan sebarang permohonan hanya boleh dilakukan ketika pengambilan di buka iaitu sekitar januari setiap tahun.
Ramai yang bertanya tentang visa ini dan jawapan saya anda perlu mohon sendiri sebab saya pun menggunakan visa pelancong. Bukan senang nak dapat dan saya tak jumpa lagi rakyat malaysia di ladang yang menggunakan visa ini.



3.       Student Visa


Untuk tujuan belajar dan tempoh visa bergantung kepada tempoh pengajian anda.
Anda mestilah dapatkan surat tawaran daripada kolej atau universiti dan perlu siap kan dokumen yang diperlukan seperti pemeriksaan kesihatan sebelum anda layak untuk dapatkan visa ini.
Walaubagaimanapun jika anda ingin dapatkan visa ini tetapi anda berhajat untuk bekerja terdapat cara untuk dapatkan visa ini. Anda hanya perlu berjumpa dengan education consultant dan siapkan dokumen yang diperlukan. Caj akan dikenanakan sekitar AUD$2500 untuk pendaftaran dan upah ejen. Manakala setiap bulan anda perlu bayar sebanyak AUD$500 untuk yuran bulanan. Subjek yang dipilih kebiasaan nya adalah language subject. Anda perlu hadir ke kelas seminggu sekali dan hari-hari lain anda boleh bekerja di bandar.
Manfaat yang anda dapat daripada visa ini membolehakan anda bebas bekerja selagi visa anda masih sah dan anda akan dapat bayaran lebih tinggi berbanding mereka yang haram.
Bagi mereka yang berminat tetapi tiada duit anda boleh datang dan bekerja dulu dengan saya di ladang bagi kumpul modal.
Sila ambil perhatian . SAYA TIDAK AKAN URUSKAN SEBARANG URUSAN BAGI DAPATKAN STUDENT VISA. 



4.      Working Permit


Anda mestilah dapatkan kerja dulu daripada mana-mana syarikat dan urusan permit kerja semuanya akan diuruskan oleh majikan.
Permit Kerja hanya di keluarkan untuk sesetengah bidang sahaja iaitu bidang-bidang yang kekurangan tenaga kerja dan dikehendaki oleh kerajaan Australia.
Kebanyakannya hanya kerja-kerja dalam bidang professional sahaja yang diperlukan
Yang paling penting TIADA SEBARANG PERMIT KERJA DIKELUARKAN UNTUK SEKTOR PELADANGAN.

      Itu sahaja jenis-jenis visa yang saya biasa dengar. Saya nasihatkan pada yang berminat untuk bekerja di sini. Anda tidak perlu pening kepala memikirkan visa apa yang perlu anda dapatkan. Ikut sahaja nasihat kami iaitu cara paling mudah Visa Pelancong. Saya faham risiko yang perlu diambil tetapi tu perkara normal untuk kebanyakan pekerja di sini. Anda tidak perlu bimbang yang paling penting niat anda baik ingin mencari rezeki di bumi ini.Bagi mereka yang berminat boleh terus hubungi saya.